Norma baru.

Tugas Kita IngatKan Anak – Anak.
Ingatan DR. AZHAR …SIP PPD JERANTUT

#

Pulang dari sekolah…
Lalu di hadapan sekolah menengah berdekatan rumah.

Nahhhh……berkelompok anak anak muda tingkatan 5
Siap bertepuk tampar dan selonggok duduk bertenggek di kaki lima jalan raya
Entah kenapa….
Hati sebak…
Sebak mengenangkan bersusah payahnya kawan – kawan guru cuba menurut segala SOP yg ada demi keselamatan anak anak tercinta .

Macam ni lah….
Kita pesan – pesan sikit…

Di dalam sekolah….
Sudah terlalu banyak yg dilakukan oleh guru dlm memastikan terjaganya penjarakan sosial antara murid.

Bila umum sekolah nak di buka…
Cikgu bertukar mcm transformer.
Jadi tukang kayu
Jadi tukang cat
Jadi tukang sapu
Jadi tukang segala tukang.

Ada yg kena angkut kerusi meja
Ada yang tertonggeng tonggeng melekat tape dan buat tanda penjarakan.

Kemudian..
Orang atas datang pantau…..
Jika ada yg tak kena,
Cikgu kena ubah lagi untuk penambahbaikan

Kena orang atas yg tahu berterima kasih
Untunglah cikgu rasa sikit dihargai.
Kena yg hanya tahu nak cari salah
Habis semua dibuat serba tak kena

Cikgu hadap semua tu sebelum murid masuk sekolah
Bila hari murid masuk…
Cikgu dah awal pagi terpacak ambil suhu
Jaga punya jaga
Pesan punya pesan
Kawal punya kawal
Sampailah murid balik.

Boleh je nak buat tak tahu
Biar lah murid jaga jarak ke tak
Tapi….cikgu ni dia takut
Takut sebab sedang jaga anak orang
Jaga anak sendiri tak takut mcm jaga anak orang
Anak orang kena terguris tangan sikit main dengan kawan
Mak ayah akan dtg tanya kenapa
Mak ayah akan buat laporan di jabatan
Kemudian cikgu akan disoal siasat
Di soal mcm cikgu dah bunuh orang
Kemudian kena sedia laporan segala.
Itu baru kena terguris tangan atau tercucuk pensil.
Jadi ….boleh bayang tak kalau anak kena covid
Apa reaksi mak ayah.
Tak mungkin nak mengaku ada bawa anak ke mall
Tak mungkin mengaku pergi jalan merata.
Jadi….sudahnya gurulah yg akan di soal siasat segala
Apa cikgu buat ?
Adakah cikgu patuh sop?
Cikgu buat itu tak?
Cikgu buat ini tak ?

Ya…inilah senarionya
Dan kerana itu
Cikgu sanggup tertonggeng tonggeng menampal maccam macam bagi memastikan jarak murid terjaga.

Tapi…..sedihnya bila di luar…
Jauh dari pagar sekolah…
Mak ayah lewat jemput anak
Mak ayah lupa nak pesan dan pesan pada anak supaya jaga jarak
Lupa nak pesan pakai mask sentiasa
Maka….anak anak tak amalkan norma baharu yang ada.
Anak anak berlagak biasa.

Luluh ya…
Luluh hati seorang guru yg melihatnya
Luluh rasa melihat usaha di dalam seakan sangat sia sia bila tiba di luarnya
Ia seakan cikgu syok sendiri
Beria menjaga sedangkan di luar
Semua beriang ria.

Tolonglah….
Jika nak hantar anak ke sekolah
Jangan main lepas tangan saja
Persiapkan anak anak dengan norma baharu
Pesan dan pesan hingga ia menjadi sebati dan boleh diamalkan anak anak
Jika anda yg menjemput anak
Jemputlah tepat pada waktunya
Jangan biar anak anak duduk melepak dengan kawan – kawannya
Ini tanggungjawab kita sebagai ibubapa.
Jika kita rasa anak masih tak mampu mengamalkan norma baharu ini
Kekalkan anak di rumah saja.
Tolong jangan menjadi punca dan asbab orang lain di luar sana mendapat susah hanya kerana sikap anak anak kita yg tak pernah kisah dengan norma baharu yang ada.

Credit fb : Emylia Ahmad Rofly

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s